Jumaat, 5 Mac 2010

Aku yang dahulu pasti kembali II

lakaran berselirat menanti untuk diungkaikan,
bertatih kembali aku dalam transformasi ini,
biar perlahan asalkan berterusan.

mencari erti di sebalik sebuah silaturrahim,
mencapai makna yang membuahkan kasih suci,
menumbuhkan pohon cinta kasih Illahi,
berbuah tidak putus untuk memberi.

syurga dunia bukan matlamat utama,
apa yang kugengam tidak semestinya abadi,
kesyukuran kepada nikmat Illahi,
itu kunci yang tidak bisa dipandang sepi.

(bersambung)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan